Sulit
5 tahun
Kepala sangat-sangat sakit,hilang deria bau dan rasa
Saya wanita dan ibu berusia 34 tahun, saya mengalami sakit kepala yg teruk dan hilang deria bau dan rasa, saya sudah pun membuat swab test covid .
Doktor suruh saya kuarantin di rumah, boleh ke saya masak kan untuk Anak2 saya, sediakan keperluan mereka, kebarangkalian utk berjangkit ke Anak2 tu ada ke? Tinggi ke
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda sedang menjalankan kuarantin di rumah atas nasihat doktor kerana mengalami gejala sakit kepala dan hilang deria bau dan rasa. Kami akan cuba membantu anda.
Oleh kerana anda sedang bergejala dan sedang menjalankan kuarantin, anda tidak patut mempunyai kontak dengan ahli keluarga anda. Sekiranya anda positif Covid-19, maka keluarga anda akan turut dijangkiti. Kami menasihatkan anda untuk menjalankan kuarantin seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda. Sila gunakan bilik yang berasingan dengan keluarga anda dan bilik mandi yang berasingan (jika boleh).
Anda boleh mendapatkan nasihat lanjut bersama doktor kami secara atas talian. Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































