
Sulit
4 tahun
Kepala saya kerap sakit atau pening pada bahagian belakang semasa baring ataupun selepas saya baru bangun dari tidur, sakit jugalah tetapi tidak sakit sangat
Assalammualaikum dan Salam sejahtera Kepada Doktor yang saya Hormati, Disini saya ingin mengemukakan satu soalan. Baru-baru ini/sebelum ini, sudah lebih kurang 4/5 bulan Kepala saya kerap sakit tetapi tidak rasa pening macam keadaan sekeliling berpusing, kepala saya sakit/pening cuma pada bahagian belakang kepala… ia terjadi selepas saya bangun tidur ataupun baring di atas objek seperti bantal dan lain-lain. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti:
- adakah anda rasa seperti kawasan sekitar anda berpusing ?
- adakah rasa pening berlaku semasa anda berdiri secara tiba tiba/melakukan sebarang aktiviti tiba tiba ?
- adakah anda mengalami simptom lain (sakit telinga, telinga berdesing)
Secara umumnya,antara punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami adalah:
- vertigo
- anemia (kurang darah merah)
- jangkitan kuman/masalah di dalam telinga
- orthostatic hypotension
- pengambilan ubat tertentu
Sekiranya anda mengalami gejala ini berterusan/ menganggu aktiviti seharian anda terganggu sila rujuk ke klinik dengan segera.Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih