
ruzita.ayu
5 tahun
Kepala saya kerap sakit dari depan hingga belakang
Saya wanita usia 45 tahun. Kebelakangan ini kerap sakit migrain. Harini mengalami sakit yg amat sangat. BP sya harini 111/68.
Pharmacies tidak berani berikan asid folic kerana saya alahan ubat seperti
Paracetamol,ponstan,amoxicillin,bactrim,voltaren,synflex, stakat yg sya update 3 tahun lepas
Bole doc bagi pandangan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Migraine
- Stress
- Trauma kepada bahagian tersebut
- Penambahan kuasa cermin mata
Oleh kerana sakit kepala anda sudah lama dan berpanjangan saya cadangkan untuk anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.