Sulit
3 tahun
Kepala saya selalu sakit sebelah
Saya wanita berusia 23 tahun, saya kerap mengalami sakit kepala sebelah kanan ataupun kiri akan berdenyut dalam 3 saat dan hilang, berulang dalam masa 1 ke 2 minit, kadang2 berdenyut di bahagian depan kepala dan belakang kepala, ia berlaku bukan pada tiap hari, sebulan mungkin 2 ke 3 kali tapi kerap terjadi, apa yg saya alami?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami masalah sakit kepala anda pada bahagian sebelah dan anda berasa tempat itu kadang kadang berdenyut. Untuk makluman anda, sakit kepala ini merupakan perkara yang subjektif dan boleh disebabkan oleh beberapa perkara dan faktor-faktor am seperti:
- Masalah migrain
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- Tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti lambat makan
- Kurang rehat atau tidur.
- Masalah tiroid.
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Kami ingin memaklumankan bahawa penyakit-penyakit dan faktor di atas adalah yang berkait dengan masalah sakit kepala yang berlarutan. Kadangkala, sakit kepala yang anda hadapi ini mungkin bukan perkara yang serius yang perlu dibimbangkan. Namun, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor yang berkenaan bagi mengetahui punca masalah yang dihadapi serta mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.