
hafizappleid99
2 tahun
Kepala tak sakit tapi terasa ringan/melayang
Hai doc. Saya ismail, 20 an nak bertanya tentang masalah yang saya hadapi sekarang. Sudah hampir seminggu saya dalam keadaan lesu & tidak bermaya diselangi dengan kepala yang terasa ringan/melayang, tapi tak sakit. Rasa diri ni macam tak normal pun ada. Tolong saya doc.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala “kepala terasa ringan” boleh disebabkan faktor-faktor seperti:
- Hipotensi postural - disebabkan bangun terlalu cepat dan dihidrasi
- Anemia - kurang sel darah merah
- Hipersensitif karotid sinus
- Kesan ubat-ubatan
- Vertigo benign posisi
- Neuronitis vestibular - selepas jangkitan virus
- Migrain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.