
Sulit
3 tahun
Kepala terasa ringan
Hai doktor. Saya wanita berumur 22 tahun dan bekerja sebagai guru taska. Disebabkan oleh pkp ini tempat kerja saya tutup. Jadi memang duduk di rumah sahaja. Kebelakangan ni, kepala saya terasa ringan ketika duduk atau baring. Baring sambil pejam mata pun lagilah ringan. Saya taktahu nak explain macam mana ringannya tu sebab takdelah pening macam berputar-putar tu. kalau pening tu maybe sebab vertigo lah kan doktor? Tapi sekarang ni saya tak faham kenapa. Rasa ringan yang lain. Saya risau. Berapa kali dah saya pergi klinik lately ni sebab ada masalah lain tapi dah sembuh dah. Kali ni rasa ringan kepala pulak. So before pergi klinik or hospital saya nak mintak pendapat doktor dulu. Saya rasa lain sangat lah doktor. Agak2 kenapa ya? sebab kurang gula ke, kurang daraha ke apa ya? saya mintak sangat doktor bagi penjelasan.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegelisahan dan ketidakselesaan anda berkenaan gejala kepala terasa ringan yang dialami semenjak PKP ini. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala kepala terasa ringin atau lightheadedness boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- orthostatic hypotension
- dehidrasi
- kekurangan gula dalam darah
- cemas atau tertekan
Namun begitu, gejala lightheadedness yang disertai gejala lain yang membimbangkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Benign paroxysmal positional vertigo
- Temporomandibular joint disorder
- Keradangan telinga dalam (tinittus)
- Ketumbuhan
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk segera merujuk ke klinik atau hospital yang terdekat sekiranya mengalami gejala kepala ringan yang berterusan dan disertai penglihatan kabur, mual muntah atau hilang keseimbangan tubuh.
Anda juga digalakkan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Pegawai khidmat pelanggan kami juga akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.