
indukenyalang
5 tahun
Kepala tiba-tiba sakit, pusing, loya dan sakit dada
Saya wanita berumur 40 tahun.Ada penyakit diabetes & hipertensi.Dah sebulan rasa sakit kepala pusing2.Turun berat badan 6kg.Pagi ini tiba2 sakit kepala teruk,loya,sakit dada, rasa pusing.Hampir 45 minit.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, terdapat pelbagai sebab kepada gejala kepala sakit, pening kepala, loya serta sakit dada terutama kepada mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis:
- Serangan jantung
- Diabetic Ketoacidosis (DKA)
- Tekanan darah yang tidak terkawal
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera di hospital dan wad KECEMASAN kerana ia boleh memberikan komplikasi yang lebih buruk. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.