
azrolazhan34
5 tahun
Kepala zakar ada benjolan dan gatal
kepala zakar saya ada benjolan warna merah seperti kulit di bahagian hujung dan selepas 2 hari baru terasa gatal di bahagian batang. Saya risau kerana pertama kali hal ini terjadi apa perlu saya buat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gatal di zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- ekzema
- alahan pada produk pencuci
- psoriasis
- jangkitan kulat
- Ketuat akibat jangkitan virus
- Lichen nitidus sejenis keradangan kulit zakar
- Molluscum contagiosum akibat jangkitan virus
- Pearly penile papules
- Kudis buta
Sebaiknya anda merujuk ke doktor agar doktor dapat meneruskan usaha pengubatan dengan melakukan pemeriksaan tambahan, memberikan ubat yang tepat dan efektif sesuai diagnosis. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.