
Sulit
5 tahun
Kepala zakar berbintik/merekah
Saya lelaki berumur 26 tahun. Saya tidak pasti samada normal atau tidak bagi seseorang lelaki mempunyai kepala zakar yang berbintik dan seakan merekah. Adakah berpunca dari jangkitan atau semulajadi. Adakah ada ubat/cream yg membantu msalah seakan kepala zakar berbintik dan merekah ini. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, diagnosis secara tepat memerlukan maklumat tambahan serta pemeriksaan. Namun terdapat beberapa punca kepada gejala yang anda alami seperti:
- Jangkitan kulat
- Penyakit kurap
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Dermatitis alahan - contohnya pada kain seluar
- Jangkitan herpes genital
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.