
Sulit
4 tahun
Kepala zakar saya berbijj (Hirsuties coronae glandis )
Saya lelaki berumur 25 tahun. saya dapati kepala zakar saya ada berbiji dan bila saya google Hirsuties coronae glandis ni sama simptom macam yang saya hadapi. Adakah penyakit ini berbahaya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- variasi kulit yang normal pada zakar
- jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- jerawat pada zakar
- Fordyce spots
- tindakbalas alahan
- jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex
Secara amnya, Hirsuties Coronae Glandis adalah satu keadaan yang tidak ketahui oleh para doktor dan ianya adalah normal dikalangan 8 ke 43 peratus lelaki. Ianya tidak menjangkiti orang lain dan tidak juga disebabkan oleh jangkitan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.