brianong812
3 tahun
Kepanasan suhu badan .. mulut kering sakit .. acute tonsilitis
Nak tanya sedikit … Saya start tidak selesa badan sejak 13/03/20 … Ada rakan sekerja yang sakit dekat office tapi tidak memakai mask … Kalau dikirakan … hari ini sudah hari ke-9 dan saya telah mengunjungi klinik tempatan pada 19/03/20 dengan memakai mask … Saya memberitahu doktor yang saya mengalami gejala seperti badan kepanasan yang berada pada tahap 36°C … mulut sentiasa kering walaupun banyak minum air sederhana panas … tiada batuk … tiada sakit tekak setakat ini … ada masalah keresahan ataupun anxiety attack sebelum ini … ada Allergic Rhinitis dan pernah dirawat untuk GERD ataupun Acid Reflux … kepenatan terutama sekali di bahagian belakang tapi lepas diurut rasa selesa sedikit … Nak semak dengan Doktor … Adakah ianya kepanasan badan yang dialami disebabkan cuaca yang tidak menentu ? Setakat ini rasa okay cuma badan terasa panas terutama sekali di bahagian mulut … Minta pencerahan doktor … Saya telah memakan ubat yang diberi seperti Ubat Demam … Flu walaupun tiada setakat ini … Antibiotik dan juga Lozengez untuk tekak atas diagnosis Acute Tonsilitis oleh doktor yang saya pergi tempoh hari pada 19/03/20 … Saya juga mengunakan nasal spray Avamys untuk bernafas dengan lancar apabila perlu… Apakah cara untuk menghilangkan kepanasan badan selain daripada meminum air dalam kuantiti yang banyak … Tq
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini kerana keluhan demam adalah bersifat subjektif selagi anda tidak memeriksakan diri dengan termometer dan menyatakan suhu tubuh anda.
Namun, demam boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.
- Demam denggi
- Jangkitam virus
- Malaria
- Kencing tikus
- Penyakit tuberkulosis
- Jangkitan tonsil
Bagi menghilangkan badan yang panas, cara paling efektif ialah mengetahui punca kepanasan tersebut. Elakkan daripada berada dibawah sinaran matahari, minum air yang mencukupi. Jika ia tidak berfungsi, dapatkan rawatan segera.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih. Keterangan ini ialah jawapan secara am.