
Sulit
4 tahun
Kepastian tentang masalah yang dihadapi oleh saya
Hello doctor , saya nak tanya , saya sering tidur lambat , kadang" memang mengantuk tapi tetap takboleh tidur , kena tnggu lewat malam baru boleh tidur , saya juga sering menangis dan berasa sedih secara tiba" dan teringat perkara" yang sedih dan akan rasa tertekan. Mood pun selalu berubah dan selalu rasa takut sampai menggigil badan. Dan cara untuk saya tenangkan diri saya dngn menyakitkan diri saya sendiri sebab bila buat mcmtu , saya rasa tenang , rasa mcm semua masalah dah takda, rasa mcm takda apa yang berlaku. Saya nak tanya , adakah ini satu penyakit atau bukan ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala mencederakan diri sendiri, takut dan menggigil merupakan salah satu dari gejala depresi yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Namun perlu difahamkan ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan mental organik
- dll.
Buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Anda juga boleh cuba beberapa tips yang berikut bagi membantu anda tidur buat sementara waktu,
- meminum air atau susu sebelum tidur
- memastikan kondisi tempat tidur selesa, nyaman dan bersih
- memasang audio sleeping music
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.