Sulit
3 tahun
Kepedihan perut selepas setiap kali makan
Saya wanita berusia 26 tahun. Saya dapati saya kerap sakit perut yang sangat pedih (memulas) setiap kali makan. Tidak kira jenis makanan, selang beberapa minit selepas makan, perut mula rasa pedih. Keadaan ini berlarutan lebih 1minggu. Pada awalnya saya hanya fikir ia gastrik. Namun, keadaan berlarutan hari demi hari, setiap kali selepas makan perut akan pedih. Saya mula curiga jika ada masalah usus atau apa2 berkaitan perut. Boleh dr jelaskan keadaan ini. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keterangan yang anda berikan adalah kurang lengkap dalam mencari punca sebenar kejadian gejala anda.
Secara umum, gejala sakit perut setelah makan dapat disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kuman Helicobacter pylori
- Hiatal hernia yaitu apabila sebahagian dinding perut terkeluar dan timbul melalui satu lubang
- Ulser peptik yaitu luka di lapisan dinding saluran pencernaan
- Keradangan abdomen kronik (berpanjangan) seperti appendisitis
Memandangkan gejala ini telah berlangsung berulangkali dan berlarutan selama seminggu, sebaiknya anda mendapatkan pemeriksaan dan rawatan untuk masalah ini dengan berjumpa doktor di pusat kesihatan berhampiran. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.