Sulit
6 tahun
Keperluan ujian saringan Covid19
Hi Doc. Saya adalah wanita berumur 28 tahun. Suami saya 27 tahun. Pada 28/3 suami saya ke klinik kerana sakit telinga. Pada hari yg sama ada seorang wanita jugak ke klinik yg sama. Saya tidak pasti akan umur wanita tersebut. Pada 4/4, wanita tersebut telah disahkn positive covid19. Adakah perlu untuk kami ke hospital & membuat screening? Kami tidak ada menunjukan simptom simptom covid19. Kami tinggal bersama ibu mertua saya berumur 64 tahun & bayi saya berumur 11 bulan. Terima kasih doc.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Suami anda tiada kontak rapat dengan wanita tersebut. Dalam keadaan begini, sukar untuk menyatakan kemungkinan suami anda dijangkiti COVID-19, terutamanya apabila beliau tiada simptom. Buat masa sekarang, anda sekeluarga boleh teruskan memantau kesihatan anda. Sekiranya nekad dan terlalu risau akan kemungkinan mendapat COVID-19, kami menyediakan servis home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home. Hospital kerajaan akan memberi keutamaan kepada sesiapa yang berisiko tinggi untuk membuat ujian COVID-19 secara percuma.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































