Sulit
6 tahun
Keperluan Untuk Kuarantin di Rumah
salam, 3 org pekerja di syarikat saya, ada close contact dengan suspect Covid-19 melalui suami dan ayah masing-masing. mereka bertiga masih menunggu keputusan ujian saringan covid-19. pelajat kami telah buat pembersihan setelah mengetahui 3 pekerja berkenaan mempunyai close contact dgn PUI.
soalannya, adakah perlu pekerja lain yg ada close contact dgn 3 pekerja berkenaan menjalani kuarantin di rumah atau menjalani pemeriksaan covid19? ataupun kami boleh bekerja mcm biasa sementara menunggu hasil keputusan ujian covid19 terhadapt 3 orang pekerja yg mempunyai close contact dengan PUI.
terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Hai.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan andatentang risiko jangkitan COVID19. Tiada keperluan bagi sesiapa yang berhubungan dengan 3 pekerja tersebut untuk kuarantin melainkan mereka mempunyai gejala seperti demam,sukar bernafas, batuk dan selsema. Jika mereka memiliki gejala berikut, mereka disarankan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Mereka juga dinasihatkan agar sentiasa peka dan memerhatikan tanda-tanda jangkitan seperti sesak nafas ataupun demam. Jika mereka mula untuk menunjukkan simptom Coronavirus, anda perlulah melaporkan diri ke hospital ataupun klinik dengan kadar segera.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































