Sulit
6 tahun
Keperluan untuk Ujian Saringan Covid19 di hospital/klinik yang berdaftar
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya lebih lanjut berkenaan ujian saringan Covid-19. Saya dan isteri baru sahaja pulang dari Bali, Indonesia pada 16/3 dan setakat ini kami hanya mengalami sakit tekak yg minimal. Isteri saya telahpun mempunyai sakit tekak ini sebelum kami berangkat ke Bali lagi. Kami telahpun melakukan saringan online tetapi risiko kami adalah minimal. Perlukah kami ke hospital untuk melakukan saringan lanjut atau hanya teruskan dengan self quarantine?
Terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan yang telah diajukan.
Saya memahami kebimbangan anda. Untuk makluman anda, Indonesia tidak termasuk dalam negara berisiko tinggi untuk COVID-19. Namun, sesiapa yang baru sahaja pulang daripada luar negara perlulah menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari. Selama kuarantin tersebut, anda hendaklah peka terhadap apa-apa perubahan simptom badan seperti demam (37.5 C), batuk dan sakit tekak.
Jika anda mulai menunjukkan simptom, anda boleh menghubungi doktor panel kami untuk pengesahan lanjut. Untuk pengetahuan anda, hospital kerajaan yang menyediakan kemudahan ujian COVID-19 cuma memberi keutamaan kepada yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19. Namun, anda boleh melakukan ujian ini dengan kami melalui home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih dan semoga cepat sihat.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































