Anonymous
4 tahun
Keputihan berbau Tapi tak gatal
Saya berumur 25tahun,sudah berkahwin anak sorang umur 3tahun… saya nak tanya, sejak 2bln saya sering mengalami keputihan berbau… sangat busuk, tapi tak gatal dan kadang2 je berwarna kekuningan… boleh saya tau apa yang menyumbang kepada perkara ni ?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan keputihan berbau, antarnya:
- Bacterial vaginosis: keseimbangan bakteria di faraj terganggu menyebabkan gejala seperti keputihan yang banyak serta berbau
- Jangkitan seksual seperti gonorrhea
- Kandidiasis
- Jngkitan parasit
- Jangkitan HPV
- Radang pada kawasan pelvik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!