
Sulit
4 tahun
Keputihan bercampur darah selepas haid
assalammualaikum doktor . sy wanita berusia 23 tahun , bujang , mengalami masalah keputihan bercampur darah selepas haid . namun, haid saya setiap bulan adalah normal, iaitu 9hari dan selepas habis haid, kebiasaannya ada keputihan bercampur darah dalam kuantiti yang sedikit, selepas beberapa hari tempoh haid seperti hari ke 12,13,14,15 atau lebih . walau bagaimanapun, ianya tidak banyak , namun agak merisaukan saya .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman cik, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Cecair coklat atau ‘spotting’ hanyalah sebahagian daripada “proses pembersihan” apabila badan anda membuang lapisan rahim.
- Penyakit kelamin
- Alat kontrasepsi
- Masalah tiroid
- Kanser serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.