
Anonymous
5 tahun
Keputihan bercampur darah
saya menghadapi masalah jangkitan kuman jenis streptococcus agalactiae (heavy growth). Adakah disebabkan hal tersebut keputihan saya bercampur darah dan ada rasa gatal dan kadangkala agak pedih?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Streptokokus agalactiae adalah Streptokokus Kumpulan B (GBS). Bakteria ini jarang menyebabkan bahaya kepada orang dewasa. Kadangkala wanita mungkin mendapat jangkitan saluran air kencing, keputihan yang lebih atau lain daripada biasa atau kesakitan bahagian luar faraj, dan risiko kepada bayi.
Untuk makluman pihak anda,antara punca lain yang boleh menyebabkan keluarnya cecair tersebut adalah:
- Keputihan biasa yang teroksida
- Kemaluan wanita biasanya mengeluarkan lendir bagi menjaga kelembapan kawasan faraj
- Spotting yang keluar sebagai tanda awal kehamilan/ berlaku bagi mereka yang mengambil pil perancang kehamilan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih