Sulit
3 tahun
Keputihan berdarah tetapi tidak pernah mengadakan hubungan sex
saya wanita berumur 25 tahun. tidak lagi berkahwin dan tidak pernah mngadakan hubungan sex. akan tetapi baru- baru ni. saya mengalami keputihan yang bercampur darah selepas seminggu lebih haid habis. dalam masa yang sama, saya menghentikan segala ubatan yang saya ambil seperti Elastin collagen, vitamin c 1000mg orange dan ubat minum kurus. gejala keputihan berdarah ini baru berlaku dalam seminggu. tidak busuk tetapi mengeluarkan lendiran darah dalam kuantiti sikit. apabila saya letih ataupun horny, keputihan itu bertambah. adakah ini normal? saya perlu rujuk kepada doc sakit puan ke? terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Masalah spotting (keluar keputihan berdarah gelap) ini boleh disebabkan oleh banyak sebab. Antaranya:
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.