Sulit
3 tahun
Keputihan berketul Dan sakit sebelah kiri seperti senggugut
Hi doc saya nak tanya saya mengalami sakit perut seperti senggugut pada bahagian kiri dan saya juga rasa sakit pada bahagian payudara saya dan mudah letih dan mengantuk saya dah lakukan test upt dan keputusannya adalah negative jadii persoalan apa yang menyebabkan masalah terse but terjadi Dan satu lagi saya sedang ttc… Tapii keputihan saya berwarna putih Dan sedikit berketul seperti tepung apa yang perlu saya buat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Gejala sakit seperti senggugut yang anda alami boleh disebabkan:
- Sakit ovulasi
- Kesan perubahan hormon sebelum haid
- Jangkitan pundi kencing
- Jangkitan dalam rahim
- Sembelit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.