
sarahfaznyy
2 tahun
Keputihan berketul, gatal, selepas masuk ubat doctor menjadi kuning
Saya berumur 23tahun. Belum pernah mengandung. Saya mengalami keputihan pekat spt susu basi 4 hari lalu dan saya ke klinik 2 hr lalu utk memdapatkan rawatan. Diberi ubat defungo clotrimazole dan dua ubat makan salah satu antibiotics. Tapi lepas masukkan bullet tu, harini keputihan bertukar warna kuning dan mcm tak berkuramh bila saya periksa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Oleh kerana anda telah ke klinik untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan namun keputihan masih tidak berkurangan saya sarankan anda untuk merujuk ke doktor yang sama kerana beliau lebih mengetahui tahap kesihatan cik. Cik juga boleh ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.