
Sulit
4 tahun
Keputihan berketul serta miss v gatal dan luka
assalamualaikum dan selmat sejahtera dr. saya berusia 19 tahun … dr. saya mempunyai masalah dimana saya mempunyai keputihan yang berketul dan berwarna putih pekat yang sangat banyak dan rasa gatal serta luka di miss v… saya juga ada makan ubat antibiotik iaitu ( curam 625MG/ SANDOZ) Serta ubat bengkak iaitu ( DENZO TABLET ( Papase )) saya makan ubat ini kerana saya mempunyai bengkak di belakang telinga…apa yang perlu saya buat ye ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami pada waktu ini. Untuk makluman anda, keputihan boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Jangkitan kuman, virus, parasit atau yis
- Penyakit kelamin (Sexually transmitted infection/STI)
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Masalah kesihatan (klik di sini untuk mengetahui punca keputihan)
Berkenaan gatal-gatal dan luka di bahagian kemaluan tersebut pula, ia berkemungkinan berpunca daripada inflamasi dan kecederaan di bahagian kulit.
Berikut merupakan antara cara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan keputihan:
- Menjaga kebersihan faraj dan jangan gunakan pencuci yang boleh mengganggu kestabilan pH faraj
- Elakkan melakukan seks rambang tanpa menggunakan perlindungan
- Amalkan gaya hidup sihat
- Sentiasa menukar tuala wanita/pad semasa haid
- Elakkan mengambil antibiotik atau ubat tanpa pengawasan doktor
Walau bagaimanapun, kami kurang jelas mengenai bengkak di bahagian belakang telinga anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa doktor untuk mengetahui mengenai punca masalah tersebut.
Jika anda masih ragu-ragu dengan keadaan anda, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi peribadi bersama dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.