Sulit
2 tahun
Keputihan berketul² tetapi jarang²
Ada kalanya saya mengalami keputihan dimana ketul² putih kuar dr vagina, tp tiada bau. Buat setiap hari ada kadang² sahaja. Adakah sy mengalami infection or bagaimana utk merawat. Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan kulat, bakteria atau virus
- Bacterial vaginosis
- Jangkitan kelamin ( sexually transmitted diseases )
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Vaginitis
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada anda mengalami jangkitan pada bahagian kemaluan berdasarkan soalan yang diberi sahaja. Maklumat lanjut perlu diketahui dan pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Rawatan hanya akan diberikan setelah diagnosis dicapai oleh doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.