Sulit
5 tahun
Keputihan berwarna coklat dan ketidakselesaan di bajagian faraj
Saya wanita 20 an dan masih belajar. Saya mempunyai tabiat suka masturbate sehingga hampir setiap hari saya melakukannya. Sekarang saya mula rsa tak selesa dibahagian faraj saya dan ada lendiran berwarna coklat mula keluar. Period saya jugak tak teratur dan keluar sangat sedikit. Boleh saya tahu pil apa yang saya boleh ambil dan perlu ke saya koncult dengan doctor. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih. Jawapan ini ialah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.























