
Sulit
5 tahun
Keputihan berwarna coklat gelap dan bercampur putih
Sewaktu ovulasi boleh berpuasa? Adakah normal keputihan berwarna coklat gelap dan bercampur putih? Adakah ini tanda awal cancer servix?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tidak ada masalah untuk anda berpuasa ketika ovulasi. Tambahan pula, kebiasaanya, wanita tidak menyedari waktu mereka mengalami ovulasi.
Selain itu, pada awalnya kanser serviks tidak menyebabkan apa-apa simptom. Simptom dan tanda selalunya berlaku apabila kanser telah menjadi lebih teruk ataupun merebak.
Tanda tanda tersebut adalah:
Pendarahan daripada kemaluan selepas melakukan hubungan seks
Cecair dan bauan yang busuk keluar daripada kemaluan
Sakit yang teruk ketika melakukan hubungan seks.
Terdapat juga tanda-tanda umum yang lain yang menunjukkan seseorang itu mungkin sedang menghadapi kanser iaitu
Kurang berat badan secara mendadak
Kurang selera makan dengan teruk
Asyik merasa badan lemah
Pucat
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.