
Sulit
4 tahun
Keputihan berwarna kekuningan dan berbau
Since saya umur 16,keputihan saya menjadi warna kekuningan dan berbau.Adakah ini salah satu penyakit yang merbahayakan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah keputihan menjadi warna kuning dan berbau boleh menandakan suatu penyakit yang berbahaya seperti jangkitan kuman atau STI (Sexual transmitted infection) yang terdiri daripada:
- Jangkitan syfilis
- Jangkitan bakteria seperti bacterial vaginosis dan chancroid
- Jangkitan kulat seperti Candidiasis
- Jangkitan HPV (Ketuat kelamin)
- Jangkitan HIV
- Jangkitan virus herpes seperti Herpes Simplex atau Herpes zoster.
Walaubagaimanapun, jangkitan STI ini hanyalah merupakan satu permulaan. Ia juga boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain seperti:
- Keradangan pada ruangan pelvis (Pelvic inflammatory disease)
- Ketumbuhan sista Bartholin pada kelenjar Bartholin yang terletak pada bahagian kawasan vulva (pintu luar faraj)
- Keradangan pada lubang faraj (Vaginitis)
- Keradangan pada salur kencing. (sekiranya anda mengalami kencing sakit atau kerap kencing).
- AIDS (HIV)
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya dengan kadar segera, bagi mengelakkan berlakunya komplikasi yang tidak diinginkan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah