
Sulit
5 tahun
Keputihan berwarna kuning dan berbau selepas keguguran
Saya berumur 31 tahun. Baru saja complete miscarriage pd 27.7.19. Selepas 2 minggu saya mengalami keputihan yg banyak berwarna kuning dan kadang kehijauan dan berbau. Apa rawatan yang perlu saya lakukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,keputihan berbau dan berwarna selain putih jernih ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Jangkitan saluran kencing
Disebabkan faraj anda mengeluarkan cecair berwarna hijau jadi saya menyarankan anda untuk segera berjumpa dengan doktor kerana dikhuatiri perkara ini akan membawa komplikasi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.