
Sulit
3 tahun
Keputihan berwarna kuning, gatal dan agak berbau
Saya perempuan yg berumur 20an yg sudah berkahwin. Saya telah mengalami keputihan berwarna kuning dan akan berasa gantal di bahagian bawah apabila keputihan keluar. Saya juga berasa sakit di bahagian bawah apabila melalukan hubungan. Saya pernah berjumpa dgn doc dan mendapat ubat yg perlu dimasukkan pada bahagian bawah. Setelah mengambil ubat, keputihan saya kembali normal utk beberapa minggu tp selepas itu keputihan saya kembali menjadi warna kuning. Kalau nk pergi klinik saya perlu membuat appointment tp akan mengambil masa dlm 2 ke 3 bulan sebelum mendapatkan tarikh appointment. Blh saya tahu Cara dan ubat yg saya blh ambil utk mengatasi masalah ini?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mengalami masalah keputihan dan ingin mengetahui cara-cara mengatasi masalah ini. Kami tidak dapat memerikan anda rawatan tanpa maklumat lengkap mengenai masalah anda serta pemeriksaan dan ujian tambahan. Rawatan untuk keputihan juga bergantung kepada punca masalah tersebut. Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk rawatan lanjut. Memandangkan temujanji di klinik akan mengambil masa yang panjang, anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.