
Sulit
4 tahun
Keputihan berwarna kuning selepas menggunakan ubat sapuan acyclovir pada kawasan kelamin selepas mempunyai simptom herpes. Adakah itu normal?
Saya berusia 23tahun dan mempunyai jangkitan di bahagian kelamin (herpes). Jadi saya gunakan acyclovir topikal (sapuan) di kawasan yang dijangkiti namun selepas itu saya sering mengalami keputihan berwarna kuning. Adakah itu normal untuk melawan jangkitan herpes itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah keputihan, seperti:
- Radang organ pelvis
- Bacterial vaginosis
- Jangkitan yis
- Jangkitan kelamin
- Vaginitis
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana sekiranya masalah tersebut mengganggu anda.
Anda juga dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera sekiranya:
- Sakit perut
- Demam
- Gangguan haid
- Terdapat cecair berbau keluar dari faraj
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga Terima kasih.