
Sulit
4 tahun
Keputihan berwarna putih dan coklat sedikit
Saya wanita berumur 24 tahun dan belum berkahwin. 3hari lepas keputihan saya berwarna putih dan sedikit coklat. Pada tarikh tersebut ovolation days saya. Keputihan saya tidak berbau dan tidak terasa gatal. Adakah ini normal? Apa yang patut saya buat untuk mengatasinya. Saya takutr untuk berjumpa doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, saya memahami kebimbangan anda tentang masalah keputihan yang anda hadapi. Untuk makluman anda, keputihan yang seperti anda perihalkan sebenarnya dipengaruhi oleh hormon estrogen yang ada pada wanita. Hormon estrogen merupakan komponen yang merangsang penghasilan keputihan daripada faraj wanita.
Selalunya, keputihan ini adalah perkara yang normal terjadi pada wanita ketika kedatangan haid. Namun ia juga boleh menjadi petanda kepada pelbagai penyakit. Keputihan ini boleh diklasifikasi kepada dua, iaitu keputihan fisiologi dan juga keputihan patologik.
Keputihan fisiologi bermaksud ia adalah keputihan yang normal. Bagi keputihan normal, kelazimannya ia berwarna putih atau krim dan ada kalanya berlendir. Namun, lendir bagi keputihan fisiologi bersifat cair, tidak melekat, tidak berbau dan dalam kuantiti yang sedikit. Jika perkara yang sebaliknya berlaku, ia berkemungkinan merupakan keputihan patologik.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda tidak perlu takut untuk berjumpa dengan doktor kerana hal ini adalah demi kesihatan diri anda juga. Privasi anda akan tetap dijaga.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih