Sulit
2 tahun
Keputihan campur berdarah
Saya berumur 23 tahun. Sebelum ni period sy okay cuma bila bulan ni period sy mcm lain sikit. This month macam banyak darah yg mcm jelly semasa saya buang air kecil berbanding darah biasa di pad. adakah ini effect vaksin? Sebab saya dapat vaksin semasa saya period. Dan saya dah habis period, kadang2 semasa saya buang air kecil ada darah sikit2 dekat keputihan saya tapi tidak berbau dan kadang2 keluar ada mcm sisa darah period warna sedikit gelap semasa buang air kecil. Boleh saya tahu adakah ini normal? Sebab saya tak pernah kena sebegini sebelum ni. Tq
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai masalah yang anda hadapi. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. antaranya adalah:
- Dysfunctional uterine bleeding
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Masalah tiroid
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.