
Anonymous
5 tahun
Keputihan coklat atau darah haid yang lama
Saya wanita 20 an dan belum berkahwin. Setiap bulan selepas/sebelum kitaran haid saya datang, ada cecair bewarna coklat pekat dalam kuantiti sedikit dan kering keluar yang saya tidak pasti samada ia adalah keputihan atau masih haid. Tetapi tidak mengeluarkan bau…Di sekitar kawasan V juga sering berasa sangat gatal hingga melecet dan kadang kala amat kering… boleh kah saya tahu adakah ini normal? Sekiranya tidak, apa yanng saya perlu lakukan? Ada kah pergi klinik mencukupi? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologik dan keputihan patologik.
Keputihan fisiologik ialah normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini selalunya berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitaran haid. Cirir-ciri keputihan fisiologik ialah:
- Lendir yang cair dan tidak melekat
- Berwarna putih atau krim
- Tiada bau
- Jumlah yang sedikit
- Hanya semasa subur dan sebelum haid
- Tiada kegatalan
Sebaliknya, keputihan patologik selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Ciri-ciri keputihan patologik ialah:
- Lendir yang kental dan melekat
- Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
- Berbau busuk
- Jumlah yang banyak
- Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
- Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan
Sekiranya anda mengalami keputihan patologik, anda dinasihatkan berjumpa dengan pakar wanita dengan segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami. Terima kasih.