
Anonymous
6 tahun
Keputihan coklat dan merah
assalamualaikum doktor saya umur 25 tahun , saya hendak bertanya. baru-baru nie, saya perasan hari yg ke 17 akan keluar keputihan coklat selama 4 hari, tidak bau dan tidak gatal tapi terasa pedih setiap kali keputihan coklat itu keluar…
Apakah puncanya ye doc ? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, biasanya keputihan yang datang di pertengahan kitaran haid adalah disebabkan oleh ovulasi. Kepedihan yang dialami anda mungkin disebabkan luka atau kecederaan pada faraj.
Namun begitu, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum membuat kesimpulan. Adakah anda aktif dalam hubungan seksual serta latar belakang kesihatan anda perlu diketahui. Anda juga mungkin perlu menjalani pemeriksan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma.
Terima kasih.