melloceen
4 tahun
Keputihan coklat yang keluar dari vagina
sy berumur 24 thn . dan sekarang sy sedang hamil anak kedua , usia kndungan 13+w … sudah 2 hari sy mengalami keputihan coklat , tanpa rasa ape2 sakit … tapi tidakk dlm kuantiti yg banyakkk … kenapaa ye tu ?
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Antara punca yang boleh menyebabkan keluarnya cecair tersebut adalah:
- Keputihan biasa yang teroksida
- Kemaluan wanita biasanya mengeluarkan lendir bagi menjaga kelembapan kawasan faraj
- Kesan dari Postinor
- Spotting yang keluar sebagai tanda awal kehamilan
Sekiranya anda turut mengalami masalah demam, faraj berbau, atau sakit ketika kencing, ia mungkin menandakan anda mengalami jangkitan kelamin.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah ini, maklumat lanjut amat diperlukan. Oleh itu anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.