Anonymous
4 tahun
Keputihan Dan faraj gatal
Saya umur 22 tahun. Saya belum kahwin tapi saya dah tunang dah bersama. 3 bulan lepas ni saya rasa gatal sgt kat faraj Dan keluar keputihan caur Dan pekat. Ape saya nak buat?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, ada dua jenis keputihan iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik. Ia amat penting untuk wanita megetahui asas untuk membezakannya. Terdapat beberapa cara untuk mengatasi hal ini ,antaranya ialah:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Jikalau hal in berterusan , adalah amat disarankan untuk anda merujuk kepada doktor supaya rawatan yang sewajar dapat diberikan untuk keputihan tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.