
Anonymous
6 tahun
Keputihan dan Kegatalan
Saya lelaki dalam usia 20’an dan mengalami masalah kulit di alat sulit saya sejak bulan April lagi. Saya berdepan kegatalan yang teruk dan kulit menjadi serba bersisik dan mengeluarkan cecair keputihan. Saya terbau suatu bau seperti bau yis di alat sulit yang berlendir putih itu. Saya merasakan kemungkinan saya gagal menjaga kebersihan anggota yang menyebabkan ianya terjadi. Saya merayu bantuan doktor kerana terdapat artikel yang mengatakan bahawa jangkitan tersebut akan menyebabkan masalah kesihatan yang lain. Terima kasih. Terima kasih.

6 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda. Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologik dan keputihan patologik.
Keputihan fisiologik ialah normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini selalunya berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitaran haid. Cirir-ciri keputihan fisiologik ialah:
- Lendir yang cair dan tidak melekat
- Berwarna putih atau krim
- Tiada bau
- Jumlah yang sedikit
- Hanya semasa subur dan sebelum haid
- Tiada kegatalan
Sebaliknya, keputihan patologik selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Ciri-ciri keputihan patologik ialah:
- Lendir yang kental dan melekat
- Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
- Berbau busuk
- Jumlah yang banyak
- Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
- Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan
Sekiranya anda mengalami keputihan patologik, anda dinasihatkan berjumpa dengan pakar wanita dengan segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara percuma. Terima kasih.