Sulit
2 tahun
Keputihan Dan Pekat Berwarna kuning cair
Saya mengalami keputihan berwarna putih dan kuning . Teksturnya pekat . Boleh ke kalau saya ambil candid-v3 ?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai masalah keputihan. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, cecair yang keluar daripada faraj boleh keluar dalam pelbagai warna. Antara warna-warna yang anda boleh lihat ialah:
- Putih: cecair yang keputihan dan jelas adalah normal. Namun jika terdapat simptom gatal dan kepedihan
sewaktu kencing, anda mungkin dijangkiti dengan jangkitan yis. - Kuning: cecair kekuningan boleh disebabkan jangkitan bakteria atau jangkitan penyakit kelamin
- Coklat: cecair yang berwarna coklat boleh disebabkan haid yang tidak teratur
- Hijau: cecair yang berwarna hijau boleh berpunca dari jangkitan bakteria atau jangkitan penyakit kelamin
Sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.