
Sulit
3 tahun
Keputihan dan pendarahan semasa hamil
Hai doktor. Usia kandungan saya baru masuk 7w3d. Saya mengalami keputihan berwarna coklat. Saya ada buat scan di klinik, kantung semua okey. Tapi keesokan harinya, keputihan saya bercampur dengan darah. Itu normal atau merbahaya.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Keguguran
- Kecederaan pada dinding faraj
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang dalam salur kencing
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Pendarahan ketika hamil memerlukan perhatian segera oleh anda dan juga doktor. Sukar untuk kami katakan sama ada keadaan yang dialami oleh anda adalah bahaya atau pun tidak berdasarkan soalan sahaja. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.