
Sulit
5 tahun
Keputihan di Alat Sulit
Adakah saya perlu menggunakan ubat Fukole Fluconazole 150mg untuk merawatnya? Namun, ubat itu tak tersedia di laman farmasi anda. Bagaimana?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan penjelasan diatas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Fukole yang mengandungi Fluconazole adalah merupakan sejenis ubat anti-kulat yang biasanya digunakan bagi merawat masalah berikut:
- Meningitis kulat (cryptococcal)
- Pengubatan kandidiasis vagina
- Pencegahan kejadian jangkitan kulat pada pesakit imunokompromis
Untuk pengetahuan anda, sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang, ubat ini hanya boleh diberikan dengan preskripsi oleh doktor dalam bentuk yang betul. Justeru, sekiranya anda merasakan bahawa anda memerlukan ubat ini, atau mempunyai gejala atau penyakit seperti diatas, adalah digalakkan kepada anda untuk merujuk kepada doktor berkenaan dengan masalah kesihatan yang dihadapi.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dan merujuk doktor kami ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.