
michele
6 tahun
Keputihan di Faraj macan kulat
Hi doctor,boleh tanya?saya punya faraj dalam ada berwarna putih seperti macam tumbuh kulat.dan air faraj bila ada main sex,ada keluar ketulan kecil bewarna putih.adakah ini membahayakan? 2 tahun lepas saya pernah seperti macam ini…

6 tahun
Hai, terima kasih atas soalan anda.
Bagi menjawab pertanyaan anda, ada beberapa perkara yang perlu saya ketahui. Pertama adalah mengenai masalah sama yang anda hadapi 2 tahun yang lalu. Adakah anda mendapatkan rawatan atau nasihat doktor atau masalah tersebut hilang dengan sendiri selepas beberapa ketika? Oleh kerana anda telah mengalami masalah ini untuk kali kedua, berkemungkinan anda mempunyai faktor yang menyebabkan anda lebih berisiko untuk mendapat jangkitan kulat ini.
Anda tidak perlu risau kerana, jangkitan kulat pada faraj bukanlah penyakit kelamin dan ia tidak membahayakan. Namun begitu ia perlu dirawat dengan betul agar tidak merebak dan menyebabkan masalah lain. Kulat yang menyebabkan masalh ini digelar Candida Albicans dan merupakan kulat yang biasa terdapat pada faraj, mulut dan usus. Namun begitu ketidak seimbangan hormone seperti yang terjadi wanita mengandung atau ketidakseimbangan jumlah bakteria baik bernama lactobacillus pada faraj akibat pengambilan ubat seperti antibiotik menyebabkan kulat ini membiak dengan banyak dan tidak terkawal.
Oleh sebab ini adalah kali kedua anda dijangkiti masalah ini, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor bagi membolehkan punca masalah anda diketahui. Doktor mungkin perlu mengambil sampel cecair yang keluar dari faraj bagi memastikan organisma penyebab jangkitan. Sekiranya ia adalah disebabkan jangkitan kulat yis, anda boleh dirawat dengan vaginal pesari yang mengandungi anti-kulat atau dengan pil anti kulat.

6 tahun
Hai, terima kasih untuk soalan saudari.
Jangkitan kulat di faraj adalah antara masalah yang paling banyak diadukan oleh pesakit. Jangkitan kulat di faraj adalah disebabkan oleh sejenis kulat yang dikenali sebagai Candida Albicans. Kulat ini banyak ditemukan di faraj, usus, dan mulut. Perkara ini terjadi kerana terdapat pembiakan kulat yang tidak terkawal sehingga menimbulkan simptom seperti keputihan dan gatal di faraj.
Terdapat beberapa risiko yang menyebabkan seseorang boleh terkena jangkitan kulat di faraj. Antaranya ialah kegemukan, kencing manis, kesan ubat, kesan rawatan kanser, HIV, mengandung, amalan Douching dan berbagai lagi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila berjumpa dengan doktor. Saudari mungkin perlu melakukan beberapa ujian untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.
Namun, saudari tidak perlu khuatir kerana jangkitan kulat di faraj boleh dirawat sepenuhnya. Antara jenis rawatan yang digunakan di Malaysia ialah pesari iaitu memasukan ubat melalui faraj atau ubat makan.
Sila bercakap dengan doktor untuk mengetahui jenis rawatan yang sesuai untuk saudari. Saya berharap telah menjawab soalan saudari dengan baik. Silakan bertanya jika saudari masih mempunyai soalan. Selamat berjaya.

6 tahun
Hi dan salam sejahtera! Terima kasih untuk soalan anda.
Jangkitan kulat faraj dipanggil candida. Biasanya jangkitan ini tidak berbahaya. Kulat ini cenderung berkembang dalam keadaan panas, lembap dan merebak sekiranya keseimbangan bakteria berubah. Ini boleh berlaku jika permukaan kulit anda rosak atau sistem imun anda lemak seperti pesakit HIV atau pesakit yang sedang menjalani kemoterapi. Terdapat juga golongan yang mengambil antibiotik untuk jangka panjang yang lama yang mendapat jangkitan kulat faraj. Jikalau anda mempunyai penyakit kencing manis yang kurang terkawal, sudah menopaus atau hamil, anda boleh mendapati jangkitan kulat faraj yang berulang. Oleh yang demikian, anda harus menjalani beberapa ujian darah untuk mengenal pasti sama ada anda menghidapi kencing manis.
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk meredakan ketidakselesaan dan mencegah penyebaran jangkitan kulat faraj. gunakan air dan emolien (bukan sabun), seperti krim E45, untuk mencuci zakar anda atau vagina. Bukan itu sahaja, anda juga perlu keringkan kawasan yang terjejas dengan betul selepas mencuci. Anda juga digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas. Saudari juga dinasihati untuk mengelakkan hubungan intim bersama pasangan sehingga jangkitan tersebut sembuh. Jikalau anda bersetubuh, anda dinasihati untuk menggunakan kondom untuk membantu menghentikan penyebaran. Tambahan pula, anda dinasihati untuk elakkan berendam semasa mandi.