Sulit
5 tahun
Keputihan hijau selepas period
Saya wanita berumur 28 tahun dan kitaran haid normal antara 28-31, baru berkahwin pada 27hb jan. Saya telah bersama suami sebelum beberapa hari period.Pada 31hb jan-4hb feb period saya datang. Pada 5hb feb lendir atau keputihan hijau muda keluar dari vagina sampai hari ini. Saya tidak mengalami sebarang penyakit keputihan sebelum berkahwin. Persoalan saya, adakah itu normal atau bahaya bagi saya.? Keputihan itu tidak membuatkan saya gatal dan tidak berbau busuk. Adakah ini akan mengganggu kami untuk dapatkan zuriat. mohon pencerahan doc, terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Ini kemungkinan besar merupakan keputihan yang normal kerana ia tidak berbau busuk, anda tidak mengalami sebarang gejala seperti kegatalan di faraj, keputihan yang berbau busuk dan sebagainya. Jika anda mulai mengalami gejala seperti yang disebutkan, anda disarankan untu berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang lebih lanjut. Anda tidak berisau, ini tidak akan menjejaskan peluang untuk mendapatkan zuriat, tetapi akan menyebabkan masalah lain jika jangkitan didiagnosa.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































