
Sulit
3 tahun
Keputihan keluar banyak selepas keputihan kuning ke coklat
Dr sy nk tanya tentang maslah sy , Date period sy adalah 31 hribulan setiap bulan tetapi pada tarikh 29hribulan sy disahkn positif covid then pda bulan tersebut piriod sy tak dtg sehingga ke harini 17 hari. Tetapi sejak 3 hari lepas keputihan berwarna kuning ke coklat keluar tiap hari selama 3 hari pada hari ke 4 keputihan sy kluar berwarna putih tetapi banyak . Adakah sy ada masalah hormon atau ada masalah lain? Dan ubat apa yang ptut sy ambil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya adalah:
- Stress seperti jangkitan Covid-19
- Berat badan yang tinggi
- Aktiviti sukan yang berlebihan
- Pengambilan pil perancang atau ubat hormon
- PCOS
- Kehamilan
- Kesan sampingan ubat atau vaksin
Bagi penjelasan lebih lanjut, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas taluan untuk mendapatkan maklumat serta rawatan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.