
Anonymous
6 tahun
Keputihan kerana ketumbuhan fibroid
Saya berusia 42 tahun dan baru mengetahui menghidap fibroid berukuran 4cm. Saya telah menemui pakar O&G dan doktor telah mengambil sel utk mengesan kanser. Namun dari mata kasar doktor tersebut mengatakan ia bukan kanser selepas scan dari dalam. Keputusan ujian pap smear dan ujian sel belum diketahui. Masalah saya ialah keputihan yang banyak berwarna agak kuning dan berbau masam tetapi tidak busuk. Sebelum ini saya tidak menghadapi masalah keputihan ini dan haid juga lancar. Apakah ubat yg boleh saya ambil untuk menghentikan keputihan ini? Utk pengetahuan doktor saya tidak menghadapai sakit ketika haid hanya baru2 ini dlm 3 - 4 bln lalu haid jadi lebih panjang sehingga 14 hari dan banyak pada awalnya…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan kenyataan puan saya faham bahawa anda mengalami haid yang tidak teratur yang boleh berkemungkinan besar disebabkan oleh fibroid tersebut.Walaugabaimanapun terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini anatarnya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Tambahan pula anda juga mengalami masalah keputihan yang membimbangkan anda. Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih