
Sulit
5 tahun
Keputihan koko dan berdarah sewaktu kencing
Salam. Saya sedang hamil 12 minggu. Biasanya saya akan. Keluar keputihan yang tidak berbau dan tidak berwarna. Tetapi dua hari yang lalu, keputihan tersebut berubah menjadi koko dan aberwarna merah darah. Tetapi ia bukanlah lelehan. Ia hanya dapat dikenal pasti sewaktu saya membuang air kecil. Saya telah pergi ke hospital dan membuat scan. Kantung dan bayi tiada masalah. Namun ianya merisaukan saya apabila ia masih berterusan dan berwarna merah. Harap doktor dapat membantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Seramai 20% wanita yang mengandung akan mengalami pendarahan iaitu dikatakan vaginal spotting terutamanya dalam awal 12 minggu tersebut (first trimester ).Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perkara ini iaitu:
- pendarahan semasa implantasi
- pendarahan akibat hubungan seksual
- pendarahan akibat mengangkat objek berat
Oleh kerana pendarahan ini adalah semasa anda kenicng, ini mungkin juga kes jangkitan saluran kencing. Jangkitan ini lazim dalam kalangan wanita mengandung.
Namun begitu , jika ia berterusan dan anda kerap mengalami keadaan ini, adalah amat disyorkan anda untuk mendapatkan nasihat doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.