
Anonymous
4 tahun
Keputihan@lendiran berwarna coklat
Saya wanita berumur 25 tahun belum berkahwin. Period saya memang tidak teratur. Pernah check sbb masalah obesiti. Tapi minggu ni tiba2 keluar lendir coklat. Tak berbau. Sedikit sahaja semasa buang air kecil. Hanya lendir tu saja. Takda darah cair or etc. Berlarutan seminggu ni. Tapi harini mcm ada darah sikit bersama lendir tu. Sikit sgt. Normal ke?

5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Untuk makluman pihak anda,antara punca yang boleh menyebabkan keluarnya cecair tersebut adalah:
- Keputihan biasa yang teroksida
- Kemaluan wanita biasanya mengeluarkan lendir bagi menjaga kelembapan kawasan faraj
- Spotting yang keluar sebagai tanda awal kehamilan/ berlaku bagi mereka yang mengambil pil perancang kehamilan
Sekiranya anda turut mengalami masalah demam, faraj berbau, atau sakit ketika kencing,kegatalan ia mungkin menandakan anda mengalami jangkitan kelamin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih