
Anonymous
5 tahun
Keputihan melampau
Saya wanita berumur 20 tahun dan baru berkahwin dalam 4 bulan . Masalah yang saya alami saya selalu didatangi masalah keputihan yang melampau sampai menyebabkan kegatalan teruk pada kemaluan. Saya ada terbaca keputihan ada lah tanda awal kehamilan . Memandangkan saya dah missed tarikh period saya . Saya ada buat test selepas tarikh period saya lewat 3 hari. Saya menggunakan pregnant test dan keputusan tidak hamil. Saya nak tanya adakah pregnant test itu semestinya benar. Lagi lagi saya beli dengan harga yang paling murah . Bagaimana saya hendak tahu saya sebenarnya hamil atau tidak secara tepat . Sebab saya kerja di tempat yang agak lasak kerjanya jadi saya risau jika saya hamil tanpa saya tahu ia boleh menyebabkan sesuatu yang tidak diingini.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Keputihan adalah perkara normal yang berlaku kepada wanita. Keputihan berlaku secara fisiologi ini biasanya sedikit dan tidak berbau. Bagi keputihan yang tidak normal, biasanya ia berketul, banyak dan disertai dengan gejala lain seperti kegatalan dan berbau.
Untuk makluman pihak tuan, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan keputihan yang bergumpal tersebut. Antaranya:
- Jangkitan kulat (candidiasis)
- Bakterial vaginosis
- Radang vulva atau vagina
- Jangkitan penyakit kelamin
Bagi status kehamilan, anda boleh ulang ujian upt atau terus ke klinik bagi melakukan ujian lain untuk mengesahkan sama ada anda hamil atau tidak.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.