Anonymous
4 tahun
Keputihan pada kemaluan
Saya wanita berusia 25 tahun dan belum berkahwin. Saya alami kegatalan pada bahagian kemaluan dan dapati ada keputihan yang banyak, jenis melekit dan sangat tidak selesa. Apa yang saya harus lakukan
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda. Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologik dan keputihan patologik.
Keputihan fisiologik ialah normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan jenis ini selalunya berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitaran haid. Cirir-ciri keputihan fisiologik ialah:
- Lendir yang cair dan tidak melekat
- Berwarna putih atau krim
- Tiada bau
- Jumlah yang sedikit
- Hanya semasa subur dan sebelum haid
- Tiada kegatalan
Sebaliknya, keputihan patologik selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Ciri-ciri keputihan patologik ialah:
- Lendir yang kental dan melekat
- Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
- Berbau busuk
- Jumlah yang banyak
- Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
- Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan
Sekiranya anda mengalami keputihan patologik, anda dinasihatkan berjumpa dengan pakar wanita dengan segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara percuma. Terima kasih.