Sulit
6 tahun
Keputihan pekat bercampur darah keluar dari usus besar
Sy wanita mengandung 3 bulan yang berusia 34 tahun. Mengalami masalah keputihan pekat bercampur darah keluar dari usus besar seperti proses ketika hendak habis period. Adakah normal bagi ibu mengandung atau saya perlu segera ke hospital?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, punca keputihan yang anda alami boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Alahan berserta jangkitan kuman
- Jangkitan dalam rahim - ini boleh membahayakan kandunga
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































