Anonymous
3 tahun
Keputihan,sakit belakang dan tengkuk belakang
Saya wanita berumur 30.Saya ada 3 soalan untuk di ajukannkepada Pn Doktor.Yang pertama Saya sering berasa sakit belakang pada masa2 kini.berbeza dengan sebelum ini saya jarang menghadapi masalah sakit belakang.adakah punca sakit belakang@pinggang ni ada lah disebabkan faktor kerja yang saya lakukan setiap hari?dan kemungkinan juga faktor kurang rehat?
Soalan yang kedua berkenaan keputihan,saya jarang mempunyai keputihan yang banyak.tetapi beberapa hari ni saya mempunyai keputihan yg medium tidak seperti sebelum ni.dan keputihan saya tu berwarna putih susu dan ketul2 kecil tapi tidak mempunyai bau yang tidak enak.apakah masalah nya Pn.Doktor?
Soalan ke tiga,saya sering merasa sakit tengkuk di belakang leher.kdang kala sakit dari tengkuk boleh menyebabkan saya rasa sakit kepala…apakah masalah nya ya PN.Doktor? Mohon pencerahan dari PN.Doktor…terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan kesakitan tersebut. Anda mungkin menghadapi masalah sakit tulang, saraf, otot atau organ di sekitar kawasan yang sakit tersebut.Untuk mengetahui penyebab masalah ini, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dijalankan. Ujian darah dan imejan juga mungkin akan dijalankan jika perlu.
Keputihan boleh menjadi normal atau berpenyakit. Jika tiada bau atau kegatalan, ia adalah lendiran yang sangat biasa yang terdapat di dalam saluran reproduktif wanita. Manakala keputihan yang berpenyakit pula disertai oleh warna kuning atau hijau, berbau hanyir dan menyebabkan kegatalan di sekitar bibir faraj.Anda perlu sentiasa memastikan bahagian faraj bersih selepas membuang air kecil dan pastikan kawasn tersebut sentiasa kering. Namun begitu, elakkan menggunakan bahan-bahan kimia seperti pembersih intim wanita yang akan mengubah pH kawasan tersebut. Sebaliknya, air yang bersih sudah mencukupi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























